Tuesday, August 19, 2014

YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA

Salam Syawal,

Masih dibulan syawal bulan yang mulia..bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan penuh dengan keindahan..Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh mulia yang penuh dengan kebahagiaan..

Berbalik pada tajuk post yg sgt puitis membolehkan aku menulis dan menyimpan memori di dalam blog kehidupan ini...banyak perkara yang berlaku sejak bulan Ramadhan dan Syawal ini yg membuatkan ku lebih tabah dan kuat menjadi insan bernama "perempuan"...

Kronologi kisah kehidupan dan Anugerah terindah yang hanya sementara :-

  • 2 hari sebelum raya aku sesaja je buat ujian UPT..Alhamdulillah POSITIF!! aku n en.hubby happy tak terkata..yelah first time raya setelah setahun setengah kawen akhirnya "HARTA" yg terindah yang Allah beri pada kami...kami bersyukur...memang genap 1 tahun 6 bulan tarikh usia perkahwinan kami dan dikhabarkan dengan berita gembira...2 kali check mmg positif!!
  • Raya ke-2 balik Sabak Bernam dan ckp kat mak nak pegi check up klinik to confirm yang i'm preggy!!Serius balik raya mmg xbyk kerja aku buat sbb nak jaga kandungan yang tidak tahu usia kandungan...tapi mmg dah sebulan lebih aku tak dtg period..dan doctor mengesahkan aku preggy dengan usia kandungan yang masih baru masuk 3-4 minggu.~Happy sgt dan happy lagik!!
  • Selepas seminggu hari raya aku naik kerja macam biasa...dah hari ke-3 kerja aku terasa mmg badan tak larat disamping aku yang dah masuk minggu ke-4 demam batuk n selesema..pegi kerja balik tghari pon mmg akan tido kdg2 smpai ke petang sampai la tak masuk opis...hahahahah!!mmg giler!!ikutkan ada class pon aku hanya bg assignment kat student oleh kerana tak larat sgt2...oh!!mcm ni ke org yang pregnant???mmg serius aku tabik spring para ibu yang mengandung 9 bulan...aku baru nak merasa dan rasa macam mana org pregnant..
  • Hari Rabu bersamaan 6 Ogos 2014 kat opis time nak dekat lunch..aku ke toilet dan ada bleeding sikit2 macam nak period..aku menjadi pelik..
  • hari Khamis 7 Ogos 2014 aku xdpt pegi kerja coz aku demam yang agak teruk dan menunggu en.hubby balik utk pegi klinik..tapi belom sempat pon dia sampai perut aku sgt222222 sakit..lebih sakit dari sengggugut...dan that time aku mula menelefon member kolej si Intan Farhana..Thanks Intan n Epin byk tolong!!!korg xda mmg aku dah mati kejung kat umah kot..hahahaha...dan bermulalah episod aku dihantar ke emergency klinik kesihatan dan emergency hospital jasin & akhirnya ke hospital melaka..
setalah sekian lama tak masuk hospital...finally dimasukkan ke hospital

  • Dan akhirnya "harta" dan "anugerah" yg terindah itu hanya sementara berada di dalam rahimku...yang bahagia dapat kurasakan selama seminggu lebih saja...Aku dan Suami Redha atas pemergiaanya...




  • 5 hari aku ditahan di ward yang agak selesa coz aku dpt second class ward...utk first class ward mmg penuh la kan..xpe la janji sgt selesa dari hari first masuk ward...aku ditempatkan di ward lama yg agak kurang selesa..tp selepas itu aku dipindahkan ditempat yg agak selesa...
  • Perasaan aku hanya Allah sja yg tahu yang kadang2 aku tak boleh nak terima hakikat yang aku tak dpt nak membesarkan "harta" dalam rahimku...
  • Rupanya doktor bgtahu yang aku mengandung luar rahim..syukur Alhamdulillah die keluar semua dan tak perlu utk aku buat D&C. Mungkin ini adalah ujian Allah utk aku dan suamiku..InsyaAllah kami akan berusaha utk mendapatkan kembali "harta" dunia akhirat suatu hari nanti...Amin..Amin..


Mungkin akan ada Anugerah Terindah lagi untuk kami suatu hari nanti..Aku redha aku pasrah ^_________^


mummy to be..
19/08/2014

No comments: