Monday, December 30, 2013

PengHujunG 2013

 Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis dalam blog yg makin lama makin berhabuk neh..Almaklumlah tahap malas melanda dan tahap kesibukan berlaku hujung2 tahun 2013 ni.

Tahun 2013 yang banyak kenangan pahit & manis..yang paling manis adalah aku telah bergelar ISTERI. dan aku mempunyai seorang SUAMI.Alhamdulillah syukur!!kenangan pahit tu banyaklah..biasalah hidup kalau selalu manis pon tak best!!so senantiasa muhasabah diri.SABAR ITU PAHIT tetapi BUAHNYA MANIS...~dipetikan dr.mr.google~

 Hampir setahun juga aku bergelar insan bernama ISTERI.dan hampir setahun juga aku bergelar "weekend housewife" Tabah????bertabahkah aku??entahlah!!!banyak sangat dugaan & rintangan 'perkahwinan jarak jauh neh (PJJ)'..even every week jumpe.tapi sangat menguji hati jiwa & minda..Kalau tak kuat rasa mungkin ada yang tak mampu..ada yg berkata "alah PJJ MELAKA - SELANGOR je pon!bukan jauh sgt!!"heyyy!!!hello kau tak rasa kau tak tahu!!even hanya 2-3 jam je jarak perjalanan tapi kami bukan orang kaya!!!kekuatan semua terletak pada DUIT...takde duit kami tak dpt berjumpa...wuaaaaaaaaa >,< so kami harus berjimat mana yang boleh jimat..perkataan gamble tuh dah biasa oleh en.suami. itulah antara kesulitan yg sgt mencabar cz kereta nak kene service selalu..sometimes rosak..tapi alhamdulillah tak pernah rosak tengah jalan. mungkin ini kerana kami sama2 bergaji kecil.bukan pegawai besar pon masing-masing. tapi kami bersyukur dengan pendapatan yang ada..


InsyaAllah rezeki itu pasti ada untuk kami..zuriat???ramai gak bertanya2 soalan cepu cemas ni...tapi takpe..aku tak bosan untuk menjawab..jawapan aku simple "belum ada.belum rezeki"..kalau tak faham its up to u!!hahahaha..tak faham lg aku lempang laju2!!hahahaha=)

Yang pasti tahun 2013 nie banyak kenangan2 yang tak bisa kulupakan sampai bila2..banyak ujian yang menguji aku & suami.menguji kesabaran hubungan kami..sangat banyak!!!tapi Alhamdulillah kami cuba untuk menghadapinya. Selagi kita bersabar & kuat pasti Allah S.W.T akan membantu hambaNYA.

Tahun 2014 bakal tiba lagi sehari..impian aku??nantilah dah masuk 2014 baru aku tulis entry baru..hihiihh.Semoga Coretan terakhir tahun 2013 dapat memberikan berjuta kenangan pada aku dan semua pembaca utk masa akan dtg..Semoga 2014 yang bakal tiba dengan penuh bunga2 cinta..bunga2 kebahagian buat rumahtangga kami dan penuh dengan kesenangan buat aku & suami.AMIN...

No comments: